Sukan
Syafiq Ahmad pilih Kedah buat kali ketiga
KUALA LUMPUR – Teka teki mengenai masa depan Muhammad Syafiq Ahmad terjawab selepas penyerang kebangsaan itu memilih untuk bermain bersama Kedah FC (KDA FC) pada musim ini.
Menurut KDA FC dalam satu kenyataan, penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT) itu akan bermain secara pinjaman bersama kelab itu.
“Dengan persetujuan bersama kedua-dua kelab, status pemain pinjaman daripada JDT, pihak pengurusan KDA FC menjunjung kasih dengan perkenan Tunku Mahkota Johor memberi persetujuan untuk pemain kelab tersebut mewakili KDA FC musim ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Kehadiran Syafiq bersama KDA FC merupakan kali ketiga.
Desas desus mengenai perpindahan Syafiq ke Kedah telah kedengaran sejak tamat musim liga lalu.