PMX

Anwar optimis lawatan rasmi sulung ke Australia catat perkembangan positif

MELBOURNE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis lawatan rasmi sulungnya ke Australia akan mencatatkan satu perkembangan positif dalam kerjasama antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne malam tadi bagi memulakan lawatan rasmi sulungnya ke Australia atas jemputan rakan sejawat, Anthony Albanese.

Anwar berkata, lawatan tersebut akan melibatkan beberapa mesyuarat dan pertemuan penting serta perbincangan meja bulat dengan ketua-ketua industri di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatan pada 7 Mac.

“Saya percaya lawatan ini akan mencatatkan satu perkembangan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan pelbagai hala.

“Lebih-lebih lagi ia telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap dan menjadi signifikan dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sejak 2021.

“Kita akan bekerja sepenuhnya dan memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Australia selain mencipta peluang dan manfaat yang terbaik untuk rakyat dan negara,” kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

Selain itu, Perdana Menteri juga bakal mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button