Sukan

Tan Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, pilih Thailand sebagai destinasi baru

KUALA LUMPUR – Jodoh Selangor FC dan Tan Cheng Hoe berakhir selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak jurulatih kelahiran Kedah itu berkuat kuasa secara serta-merta.

Menurut Selangor FC dalam satu kenyataan, kelab telah dimaklumkan berkenaan keputusan Cheng Hoe untuk meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand.

“Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau.

“Sejak dilantik pada September 2022, Cheng Hoe telah membantu Selangor FC menjadi naib juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023, sekaligus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025,” katanya.

Dalam pada itu, Selangor FC mengucapkan terima kasih kepada Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk kelab dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan.

Sementara itu katanya, Nidzam Jamil kini dilantik sebagai ketua jurulatih sementara sementara kelab menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu.

Show More

Related Articles

Back to top button