BERITA SEMASA

Banjir pantai timur : 980 masih di PPS

KUALA LUMPUR – Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka susulan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor setakat ini.

Penempatan mangsa-mangsa banjir itu melibatkan 980 orang daripada 290 keluarga di ketiga-tiga negeri.

Terengganu mencatatkan jumlah penduduk paling ramai terjejas melibatkan 923 mangsa daripada 275 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS di Dungun.

Sementara itu di Johor, seramai 29 penduduk daripada sembilan keluarga ditempatkan di satu PPS di Kota Tinggi.

Manakala di Pahang, seramai 28 orang mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di dua PPS di Rompin.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button