PMX

Anwar ucap takziah kepada keluarga Devaki Krishnan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, Tan Sri Devaki Krishnan yang meninggal dunia malam tadi.

Menurut Perdana Menteri, Devaki adalah sosok penting dalam sejarah perjuangan mengangkat martabat wanita dalam kepimpinan dan politik negara kerana sanggup mengabadikan hayatnya demi masyarakat.

“Jasa dan pengorbanan mendiang akan dikenang buat selamanya.

“Takziah kepada keluarga mendiang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, berita pemergian mendiang pada usia 100 tahun itu dimaklumkan cucunya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan dalam satu hantaran di Facebook awal pagi tadi.

Devaki adalah antara individu yang terlibat menubuhkan bahagian wanita dalam MIC dan merupakan Setiausaha Wanita MIC Kebangsaan yang pertama pada 1975.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button