Berita SemasaHiburan

Fyna Jebat, Zainal Abidin Hassan sah sudah bernikah

SHAH ALAM –  Penyanyi, Fyna Jebat, 29 akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan bekas jurutlatih pasukan bola sepak Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan,61.

Fyna atau nama sebenar, Nurshafyna Jebat, dalam satu kenyaataan berkata, dia sudah bernikah dan meminta doa daripada orang ramai.

“Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen yang baik.

“Harap dapat doakan saya dan keluarga,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Dalam pada itu, kakak kepada Fyna yang juga penyanyi Ayda Jebat berasa lega selepas adiknya berani mendedahkan status perkahwinan tersebut.

“Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang,” kata Ayda.

Sebelum ini, media melaporkan, terdapat ura-ura  Zainal Abidin sudah bernikah dengan seorang wanita berusia 29 tahun dan topik itu hangat diperkatakan dalam media sosial.

Untuk rekod, Zainal Abidin berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak. Beliau merupakan penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button