BERITA SEMASA

Gudang kontraktor KTMB musnah 90 peratus dijilat api

SEPANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor mengesahkan berlaku kebakaran gudang milik kontraktor untuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Desa Pinggiran Putra di sini, malam tadi.

Komander Operasi, PBK II Muhamad Hafifi Fahmi Abd Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.42 malam dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil tiba di lokasi pada jam 11 malam selepas menempuh jarak 11 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah gudang penyimpanan peralatan berkeluasan 1 ekar yang terbakar 90 peratus dan kebakaran sedang marak.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan. Tiada mangsa terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seramai 17 anggota terlibat dalam operasi tersebut membabitkan BBP Dengkil, BBP Bangi dan BBP Cyberjaya, dengan kekuatan empat jentera iaitu FRT-1 dari BBP Dengkil, FRT-1 dan EMRS-1 dari BBP Bangi serta Water Tanker-1 dari BBP Cyberjaya.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button