KUALA LUMPUR – Penganjuran MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bukan sekadar acara sukan permotoran bertaraf dunia, sebaliknya turut membuka peluang perniagaan, menarik kedatangan pelancong dan merancakkan ekonomi setempat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, manfaat ekonomi daripada penganjuran sukan berkenaan perlu terus dikembangkan bagi membawa Malaysia lebih dekat dengan peminat sukan permotoran di seluruh dunia.
Beliau berkata, perkara itu antara yang diberi perhatian ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif MotoGP Sports Entertainment Group, Carmelo Ezpeleta, hari ini.
Menurutnya, pertemuan itu turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan MotoGP serta potensinya dalam mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa.
“Kami turut berjalan di sekitar litar, menyapa beberapa pelumba serta petugas yang bertungkus-lumus memastikan penganjuran MotoGP kali ini berjalan lancar dan meriah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar berkata, di sebalik kemeriahan perlumbaan di Sepang, terdapat manfaat lebih besar yang boleh dimanfaatkan negara, khususnya dari aspek pelancongan dan aktiviti ekonomi.
Justeru, potensi penganjuran acara sukan permotoran berkenaan perlu terus diperkasakan bagi membuka lebih banyak peluang kepada sektor perniagaan tempatan, selain meningkatkan keterlihatan Malaysia di peringkat antarabangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














