JENAYAH & MAHKAMAH

Isu khalwat: Nik Nazmi disoal lebih 3 jam

PETALING JAYA – Pemimpin Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan disoal selama lebih tiga jam berhubung siasatan kes khalwat yang dikaitkan dengannya.

Portal UM Online berkata, bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu dilihat tiba di pekarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam pukul 9.15 pagi tadi sebelum keluar pada 11.30 pagi.

Menurut Peguam Syarie, Muhammad Amirul Ashraf A Ghani, anak guamnya kemudian kembali semula ke pejabat itu pada pukul 12 tengah hari untuk menyambung keterangan.

Katanya, kehadiran bekas Ahli Parlimen Setiawangsa untuk adalah bagi melengkapkan siasatan bawah Seksyen 29E Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Lebih tiga jam beliau hadir memberi keterangan kepada pegawai penyiasat. Ketika ini adalah peringkat siasatan dan keterangan sudah diberikan, kemudian nanti kita tunggu maklum balas daripada Jabatan Pendakwa Syariah Selangor sama ada beliau akan dipertuduhkan atau tidak,” katanya, hari ini.

Nik Nazmi kemudiannya meninggalkan pekarangan pejabat JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Beliau bagaimanapun enggan ditemui pemberita dan berlalu pergi menaiki sebuah kenderaan di laluan belakang lobi bangunan.

Sebelum ini, Nik Nazmi mengaku ditahan anggota penguatkuasa JAIS dalam kes dua individu bukan mahram berdua-duaan di tempat tertutup di Petaling Jaya, 15 Oktober lalu.

Susulan itu, beliau direhatkan daripada semua aktiviti rasmi BERSAMA selama tiga bulan berkuat kuasa hingga 19 Jan 2027.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button