KPM perkukuh kepimpinan, tadbir urus pendidikan daerah
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memperkukuh kepimpinan dan tadbir urus pendidikan di peringkat daerah menerusi Sesi Libat Urus (SLU) Pegawai Pendidikan Daerah Seluruh Malaysia Tahun 2026.
Sesi yang diadakan di Auditorium Perdana, Institut Aminuddin Baki (IAB), semalam itu disertai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad.
Dr. Mohd Azam dalam pertemuan itu menekankan kepentingan amanah, tanggungjawab dan dialog prestasi bagi memastikan pengurusan pendidikan di peringkat daerah dilaksanakan dengan cekap serta berkesan.
KPM menerusi hantaran di media sosial berkata, aspek disiplin dan perlindungan murid turut diberi perhatian, selain isu jerebu bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan warga sekolah sentiasa terpelihara.
Inisiatif itu selaras dengan usaha kementerian memperkukuh peranan kepimpinan pendidikan daerah dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar dan berkesan.
KPM turut mengangkat tema “Tahun Ini, Tahun Kita” dan slogan “Guru Bitara Nadi Negara” dalam usaha memperkasakan kepimpinan serta sistem pendidikan negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








