BERITA SEMASA

Semua sekolah di Kuala Lumpur dibuka seperti biasa esok

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beroperasi seperti biasa esok walaupun keadaan jerebu masih memerlukan langkah berjaga-jaga.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan, manakala murid digalakkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.

“Dimaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa pada hari Isnin, 19 Oktober 2026,” menurut kenyataan itu.

JPWPKL berkata, ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap tahap kesihatan anak boleh memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah, namun perlu memaklumkan ketidakhadiran kepada pihak sekolah.

Semua pihak turut diminta peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa.

Sebelum ini, sekolah di Kuala Lumpur termasuk kawasan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar/Pudu ditutup susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang tidak sihat.

Bagaimanapun, semua institusi pendidikan di ibu negara dibuka semula pada 13 Oktober selepas bacaan IPU di kedua-dua stesen pemantauan berada di bawah 150.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button