UASA ditangguh susulan jerebu – KPM
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan pada minggu depan ditangguhkan susulan keadaan jerebu yang masih melanda negara.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap kesihatan anak-anak, khususnya murid yang perlu hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan berkenaan.
Menurut KPM, pihak sekolah diberi ruang untuk menyusun semula jadual pelaksanaan UASA, manakala jadual baharu akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga.
“Memandangkan UASA merupakan pentaksiran kendalian sekolah, pihak sekolah diberikan ruang untuk menyusun semula jadual pelaksanaannya. Jadual baharu akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga,” menurut kenyataan itu.
Kementerian menegaskan kesihatan dan keselamatan murid akan terus diutamakan, selain memastikan pentaksiran dapat dilaksanakan secara teratur.
KPM turut memahami dilema ibu bapa yang mahu melindungi kesihatan anak-anak, namun pada masa sama bimbang ketidakhadiran ke sekolah boleh menyebabkan mereka terlepas pentaksiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








