BERITA SEMASA

Lelaki pandu SUV masuk landasan kereta api sejauh 130 meter

KLANG – Seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) sejauh 130 meter di atas landasan kereta api sebelum tiba di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Jalan Limbungan, Pelabuhan Klang, pada 11 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu berlaku ketika lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihak KTMB sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu, manakala kenderaan terbabit berjaya dikeluarkan dari kawasan landasan pada pukul 1.40 pagi.

“Lelaki itu memandu masuk ke laluan landasan kereta api dan bergerak sejauh 130 meter sehingga sampai di stesen berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat oleh KTMB mengikut Seksyen 62 Akta Kereta Api 1991.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan sebuah SUV berada di kawasan landasan kereta api, dengan dakwaan pemandunya berada di bawah pengaruh alkohol.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button