Rwanda dipilih tuan rumah GP Afrika
BERLIN – Perlumbaan Formula Satu (F1) akan kembali ke Afrika apabila Rwanda diumumkan sebagai penganjur Grand Prix Afrika menerusi perjanjian jangka panjang selama 10 tahun.
Sky Sports yang meemtik kenyataan F1 sebagai berkata, perlumbaan itu akan diadakan sebaik pembinaan litar baharu di Bugesera, kira-kira 40 kilometer di selatan ibu negara Kigali, siap yang dijangka pada awal 2030-an.
“Litar itu akan direka bentuk selaras dengan landskap semula jadi, memanfaatkan perubahan aras ketinggian kawasan berkenaan bagi mewujudkan pengalaman perlumbaan yang unik dan mencabar, selain menawarkan sudut tontonan yang menarik kepada peminat.
“Dengan Rwanda menyertai kalendar perlumbaan mulai dekad akan datang, sukan ini akan dipertandingkan di setiap benua yang berpenghuni, sekali gus mendekatkan Kejohanan Dunia kepada peminat di seluruh dunia,” kata Presiden F1, Stefano Domenicali dalam kenyataan tersebut.
Kali terakhir perlumbaan tersebut dianjurkan di benua Afrika adalah pada 1993 di Litar Lumba Kyalami di Johannesburg, Afrika Selatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








