JENAYAH & MAHKAMAH
Tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah, motosikal bertembung lori
PONTIAN – Tiga beradik maut dalam nahas selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian di sini hari ini.
Difahamkan ketika kejadian yang berlaku pada pukul 7 pagi itu, motosikal tersebut ditunggang remaja lelaki berusia 18 tahun, dipercayai dalam perjalanan menghantar dua adiknya berusia 8 dan 11 tahun ke sekolah.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussian ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, kejadian masih lagi dalam siasatan dan polis akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








