JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM tahan pegawai kanan agensi kerajaan negeri Sabah

Disyaki kemuka dokumen dengan butiran matan palsu bagi tuntutan perbelanjaan mesyuarat, lawatan kerja

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri kerana disyaki mengemukakan dua dokumen yang mengandungi butir matan palsu berkaitan tuntutan perbelanjaan mesyuarat serta perbelanjaan sempena lawatan kerja pegawai kanan sebuah kementerian.

Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Sandakan.

Siasatan awal mendapati, suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek dijangka dituduh esok di Mahkamah Sesyen Rasuah Sandakan, Sabah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button