BERITA SEMASA

Penolong pegawai perubatan lemas dihanyutkan arus di Air Terjun Chemerong

DUNGUN – Seorang penolong pegawai perubatan ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi bersama tujuh rakannya di Air Terjun Chemerong, Hulu Dungun, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Ikmal Awid, 25, yang bertugas di Hospital Kemaman dilaporkan mandi di kawasan air terjun berkenaan sebelum dihanyutkan arus ke kawasan lebih dalam.

Mangsa yang dikatakan tidak pandai berenang pada mulanya berada di kawasan cetek sebelum cuba menyelamatkan diri dengan kembali ke kawasan berkenaan, namun gagal dan hilang daripada pandangan rakan-rakannya.

Difahamkan, Mohd Ikmal berkunjung ke lokasi rekreasi itu bersama tujuh rakannya sempena cuti hujung minggu.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat kemudian menemukan mangsa di dasar air pada kedalaman kira-kira tiga meter sekitar jam 11.45 pagi.

Rakan-rakan mangsa turut memberikan bantuan kecemasan sebaik mangsa dibawa naik ke permukaan, namun beliau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat mengesahkan kejadian tersebut.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button