Marah bunyi ekzos sebabkan bayi terjaga dari tidur, lelaki pukul remaja ditahan polis
MERSING – Gara-gara gagal mengawal kemarahan selepas bayinya terjaga dan menangis akibat terdengar bunyi ekzos yang kuat, seorang lelaki bakal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul seorang remaja di sebuah kedai serbaneka, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu dipercayai tercetus selepas mangsa didakwa memotong kenderaan dinaiki suspek sebelum membunyikan ekzos dengan kuat.
Katanya, bunyi berkenaan menyebabkan bayi yang sedang dipangku isteri suspek terjaga dan menangis, sekali gus mencetuskan kemarahan lelaki terbabit sehingga bertindak mengekori dan memukul mangsa di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ismail.
“Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan soft tissue injury pada bahagian pipi kiri dan perut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, video kejadian berdurasi satu minit 45 saat yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh pemilik akaun Ameera@kopikemilo_ turut tular sebelum pihak polis menjalankan siasatan.
Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor hari ini dan arahan diperoleh supaya suspek dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






