Sukan Asia: Noraizat Nordin cedera, Shahalril Aiman dinamakan pemain pengganti
KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw kebangsaan menerima tamparan apabila Muhammad Noraizat Mohd Nordin mengalami kecederaan ketika menjalani sesi latihan pagi tadi.
Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berkata, Noraizat tidak dapat beraksi dalam pertandingan selepas menjalani pemeriksaan susulan kecederaan berkenaan.
Susulan itu, PSM telah mengemukakan permohonan pertukaran pemain kepada Olympic Council of Asia (OCA) melalui Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
“Muhammad Shahalril Aiman Halim kemudian dinamakan sebagai pemain pengganti bagi menggantikan Noraizat.
“PSM berharap segala urusan berkaitan proses pertukaran pemain itu dapat dipermudahkan dan berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, PSM turut mendoakan agar Noraizat diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusannya.
“Semoga segala urusan berkaitan pertukaran ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Satu tamparan kepada Skuad Kebangsaan.
“Didoakan agar Noraizat diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusannya. Insya-Allah,” menurut kenyataan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








