BERITA SEMASA

Kerajaan jamin bekalan bahan api hingga Disember

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan bahan api negara mencukupi sehingga Disember ini meskipun pasaran tenaga global terus berdepan ketidaktentuan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, jaminan itu disokong tiga pendekatan utama iaitu mempelbagaikan sumber import, mengoptimumkan pengeluaran bahan api domestik dan memperkukuh perjanjian bekalan jangka panjang.

“Strategi kepelbagaian sumber bekalan terus diperkukuh dengan mendapatkan minyak mentah dan produk petrolium daripada pelbagai rantau termasuk benua Amerika serta juga untuk kita meneroka sumber alternatif dari benua Afrika.

“Langkah ini bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana satu negara atau laluan bekalan, khususnya ketika aliran perdagangan tenaga dari Asia Barat terus berdepan ketidaktentuan,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global, di sini hari ini.

Tambah beliau, dalam perkembangan berkaitan, Malaysia dan Thailand turut memperkukuh kerjasama tenaga menerusi pemeteraian kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dan perjanjian jualan gas baharu bagi Blok A1801 di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand.

“Usaha ini membuka ruang kepada pelaburan, mengekalkan pengeluaran dan juga menjamin nilai jangka panjang kepada kedua-dua negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button