SPRM reman 4 individu bantu siasatan kes bekalan makanan haiwan bernilai RM1.8 juta
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur berjaya mendapatkan perintah reman terhadap empat individu kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi pembekalan makanan haiwan berjumlah kira-kira RM1.8 juta.
Perintah reman selama lima hari sehingga 19 September 2026 terhadap tiga lelaki dan seorang wanita itu dikeluarkan Majistret Aina Azahra Ariffin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi.
Suspek yang terdiri yang terdiri daripada seorang anggota dan pesara sebuah agensi penguat kuasa, seorang pengarah dan pengurus pentadbiran sebuah syarikat swasta berusia lingkungan 40, 50 dan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Siasatan awal mendapati, keempat-empat suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023.
Kesemua suspek dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu dalam tuntutan palsu bagi pembekalan makanan haiwan berjumlah kira-kira RM1.8 juta sedangkan jumlah pembekalan sebenar adalah lebih rendah.
Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohammad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






