Terengganu: Jumlah mangsa banjir dipindahkan meningkat
KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu semakin meningkat, dengan mencecah 4,787 mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah Terengganu, setakat pukul 8 pagi tadi.
Kesemua mangsa terdiri daripada 1,260 keluarga yang dipindahkan sejak kelmarin.
Dungun menjadi daerah baharu terjejas apabila satu pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah dibuka malam tadi bagi menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, jumlah mangsa di daerah Kuala Nerus juga semakin bertambah.
Seramai 1,695 mangsa daripada 445 keluarga berada di 14 PPS di daerah berkenaan berbanding seramai 1,426 orang daripada 370 keluarga di 12 PPS, malam tadi.
Di Kuala Terengganu, lima PPS masih dibuka bagi menempatkan 1,137 mangsa daripada 332 keluarga.
Keadaan banjir di Marang juga semakin buruk dengan jumlah mangsa bertambah kepada 1,251 orang daripada 316 keluarga di tujuh PPS.
Seramai 673 mangsa di Besut berlindung di empat PPS manakala jumlah mangsa di Setiu kekal seramai lapan mangsa daripada tiga keluarga berada di satu PPS.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








