JENAYAH & MAHKAMAH

Azeez Rahim pakai baju lokap, gari atas kehendak sendiri – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan pemakaian baju lokap ungu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gari oleh bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Rahim ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur adalah atas kehendaknya sendiri.

Menurut SPRM, sebelum dibawa ke mahkamah, Azeez sudah dinasihati pegawai SPRM, pegawai polis yang mengiringinya serta peguamnya supaya menukar kepada pakaian biasa.

Menurut SPRM, beliau turut dimaklumkan bahawa pemakaian gari tidak diperlukan bagaimanapun Azeez berkeras untuk kekal memakai pakaian lokap serta gari sehingga proses pertuduhan selesai dibacakan di mahkamah.

“Justeru, SPRM ingin menegaskan bahawa pemakaian baju lokap dan gari terhadap beliau bukan atas arahan atau kehendak mana-mana pihak, khususnya SPRM,” menurut kenyataan itu.

SPRM pada masa sama meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung isu berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button