Jenayah & Mahkamah

PDRM belum terima laporan

Isu video tular didakwa mirip bekas ketua jabatan sebuah agensi kerajaan dengan individu lain

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima sebarang laporan berkenaan penularan video individu didakwa mirip bekas ketua jabatan sebuah agensi kerajaan dengan individu lain yang kini menjadi tular di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya setakat ini masih belum terima sebarang laporan polis berhubung video berkenaan.

“Setakat ini tiada (laporan) berkaitan video terbabit,” katanya ringkas, hari ini.

Semalam, satu video yang memaparkan perbualan berbaur lucah dalam talian antara seorang lelaki didakwa mirip bekas ketua jabatan sebuah agensi kerajaan dengan seorang individu lain menjadi tular.

Video berkenaan kemudiannya didapati turut tular di beberapa medium media sosial.

Show More

Related Articles

Back to top button