Polis cari 2 penghuni PUSPEN Dengkil larikan diri pagi tadi
SEPANG – Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dua penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil melarikan diri, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Sepang, Supritendan Mior Mohd Nor Azuan Alias berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.
“Pihak polis sedang menjalankan usaha mengesan kedua-dua lelaki terbabit.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkab maklumat yang tidak disahkan berkaitan kejadian tersebut,:” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03-87774222.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


