BERITA SEMASA

Suami Amyza Aznan kritikal, ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Suami pelakon Amyza Aznan, Khairil Izhar Mohd Nasir kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Amyza, 50, menerusi hantaran ringkas di InstaStory miliknya, namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai keadaan kesihatan suaminya.

“Assalamualaikum. Suami saya, Khairil Izhar berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur,” tulisnya.

Sementara itu, pengurus Amyza yang dikenali sebagai Ari berkata, mereka masih berada di hospital dan sedang menunggu perkembangan lanjut daripada pihak doktor.

“Sekarang kami masih di hospital. Saya akan update dalam masa terdekat kerana perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.

“Suami Amyza sekarang sedang kritikal dan kami sedang menunggu doktor untuk membuat pemeriksaan,” ujarnya memetik laporan MStar.

Khairil Izhar sebelum ini pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 selepas mengalami serangan jantung.

Pada Disember 2023 pula, Amyza memaklumkan dia terpaksa membuat keputusan sukar bagi menyelamatkan nyawa suaminya selepas Khairil Izhar ditidurkan akibat mengalami sesak nafas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button