POLITIK

Rundingan PN-BN hadapi PRN Melaka dijangka diputuskan tidak lama lagi – Abdul Hadi

BATU PAHAT – Rundingan antara Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN) bagi mengikat kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 masih berlangsung dan dijangka akan dapat diputuskan tidak lama lagi.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, semua faktor perlu dipertimbangkan dalam rundingan bersama BN yang kini masih berlangsung.

Jelas beliau, jasa dan peranan PAS ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan perlu diambil kira dalam mewujudkan kerjasama kali ini.

“Semua kena ambil kira, semua kena ambil kira. Kedudukan dengan BN kita kena ambil kira. Ada peranan masing-masing.

“Rundingan terus berjalan sehingga hari ini. Alhamdulilah, setakat ini segalanya positif,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada Konvensyen PAS Johor di Dewan Muafakat Ayer Hitam, di sini hari ini

Abdul hadi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada jasa Pas di Johor dan Negeri Sembilan perlu menjadi pertimbangan dalam kerjasama BN-PN pada PRN Melaka yang akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button