BERITA SEMASA

KPM serah kepada JPN Kelantan ambil tindakan kes guru didakwa pukul murid, ibu

KOTA BHARU – Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad menyerahkan kepada pihak berkuasa pendidikan negeri untuk mengambil tindakan terhadap seorang guru yang didakwa menyerang seorang murid dan ibunya.

Beliau bagaimapun enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan sambil berkata baru menerima maklumat berhubung kes berkenaan, lapor NST.

BACA JUGA:
Polis tahan guru disyaki pukul pelajar, tampar ibu

“Saya yakin Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan kunci bas sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, di sini hari ini.

Minggu lalu, seorang seorang guru lelaki berusia 54 tahun dilaporkan ditahan kerana didakwa memukul seorang murid dan ibu murid berkenaan menggunakan tongkat dalam dua kejadian berasingan.

Suspek ditahan selepas ibu murid itu membuat laporan polis dan direman selama tiga hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button