BERITA SEMASA

Fahmi santuni rakyat, dengar sendiri keluhan penduduk Melaka

MELAKA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi dua keluarga di sekitar negeri ini bagi mendengar sendiri masalah dan cabaran yang dihadapi mereka.

fahmi fadzil
Datuk Seri Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi Puan Sathia Devi hari ini.

Beliau berkata, kunjungan tersebut melibatkan Abu Zarin Nordin di Kampung Tun Razak, Bukit Katil serta R. Sathia Devi di Apartment Jalan Batu Berendam, Taman Mutiara Melaka Baru.

Menurutnya, setiap program ziarah memberi ruang untuk beliau bertemu rakyat secara dekat, bertanya khabar serta mendapatkan gambaran sebenar mengenai keadaan yang sedang mereka lalui.

“Dalam setiap ziarah, yang penting adalah untuk kita hadir, bertanya khabar dan mendengar sendiri keadaan serta cabaran yang sedang dilalui,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Fahmi berkata, segala perkara yang memerlukan perhatian akan diusahakan dan disalurkan kepada pihak berkaitan bagi tindakan susulan.

Beliau turut mendoakan agar kedua-dua keluarga berkenaan diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan harian.

“Insya-Allah, apa yang boleh dibantu akan kita usahakan dan panjangkan kepada pihak berkaitan.

“Semoga Encik Abu Zarin dan Puan R. Sathia Devi sekeluarga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button