JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki dipercayai kakitangan JPS ditemukan meninggal dunia dalam SUV

SABAK BERNAM – Seorang lelaki dipercayai kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) milik jabatan itu di Jalan Klang-Teluk Intan, Pekan Sungai Besar, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung pintu kenderaan berkenaan yang terkunci pada pukul 6.36 petang.

Menurutnya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati pintu SUV jenis Nissan X-Trail milik JPS telah dibuka orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Terdapat seorang lelaki berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ashrul Riezal berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi tamat selepas urusan penyerahan mangsa kepada pihak berkuasa selesai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button