JENAYAH & MAHKAMAH

Lori tangki terbalik hempap kereta sebelum terbakar

TEMERLOH – Sebuah lori tangki diesel terbalik sebelum menghempap sebuah kereta dan terbakar dalam kemalangan di Jalan Temerloh-Bera berhampiran Kampung Lebak, di sini hari ini.

Setakat ini, status mangsa sama ada cedera atau maut masih belum dapat dipastikan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah lori tangki diesel dan sebuah kereta.

“Setakat pukul 6 petang, kedua-dua kenderaan berkenaan masih terbakar dan keadaan mangsa belum dapat dipastikan,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa masih menjalankan tindakan di lokasi kejadian bagi mengawal keadaan dan mendapatkan maklumat lanjut.

Sementara itu, tinjauan komen menerusi rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan rasa simpati selain ada mengatakan mangsa dalam kereta yang dihempap melibatkan enam keluarga termasuk bayi.

“Katanya enam sekeluarga termasuk bayi meninggal rentung. Lori tangki meletup. Al-Fatihah,” komen @zowntag di laman Instagram.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button