Pelajar undang-undang didenda RM500 benarkan akaun bank jadi akaun keldai
JOHOR BAHRU = Seorang pelajar undang-undang kolej swasta didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah membenarkan akaun banknya digunakan sebagai akaun keldai bagi transaksi haram.
Nicole Soo Lik Yee, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Zainol.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama sebulan, jika gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara tidak jujur mengalihkan wang berjumlah RM525 milik seorang lelaki berusia 32 tahun ke akaun bank miliknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri, pada pukul 4.31 petang, 13 Jun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








