Jenazah rakyat Malaysia meninggal di Bangkok selamat diurus, dibawa pulang ke Kulim
KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Hamizi Mohd Noor, 52, yang meninggal dunia ketika transit di Bangkok, Thailand, kelmarin, selamat dituntut dan selesai menjalani pengurusan mandi serta kafan sebelum dibawa pulang ke Kulim, Kedah hari ini.
Pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Cai Official menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, jenazah Allahyarham kini dalam perjalanan menuju ke Masjid Kem PGA, Kulim untuk disolatkan sebelum dikebumikan.
“Alhamdulillah, jenazah Almarhum Hamizi telah disempurnakan pengurusan mandi dan kafan dengan bantuan rakan-rakan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) Kedah dan Van Jenazah Wakaf Perlis (VJWP).
“Jenazah akan dihantar ke Masjid Kem PGA, Kulim bagi tujuan disolatkan sekali lagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Penyangar,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Mr Wan Cai Official turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam selepas perjalanan dari Bangkok mengambil masa hampir 12 jam.
BACA JUGA:
Tidak sempat ke Jepun, rakyat Malaysia meninggal dunia ketika transit di Bangkok
Urusan dokumentasi di sempadan turut dibantu FTC Thailand Insurance sebelum jenazah dituntut oleh rakan gabungan VJWP.
Allahyarham Hamizi dilaporkan meninggal dunia ketika transit di Bangkok sebelum meneruskan penerbangan ke Hokkaido, Jepun, kelmarin.
Difahamkan, Allahyarham ke Hokkaido bagi menyertai trip percutian anjuran syarikatnya.
Video kejadian turut tular di media sosial, memaparkan kru kabin berusaha memberikan bantuan kepada Allahyarham ketika berada dalam pesawat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








