BERITA SEMASA

Penuntut IPTS maut dalam perjalanan pulang dari program RXZ Members

DUNGUN – Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah pikap di Kilometer 356, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, mangsa, Arissa Shazzira Zainudin, 21, yang berasal dari Kuantan, Pahang, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri Program RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR merempuh bahagian belakang sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton yang berhenti di lorong kecemasan untuk berehat.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa tercampak ke tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Nik Ab Halim berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button