LUAR NEGARA

Dua anggota polis maut ketika operasi banteras dadah di Narathiwat

NARATHIWAT – Dua anggota polis Thailand maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan seorang lelaki ketika operasi membanteras pengedaran dadah di Tak Bai, Narathiwat, selatan Thailand hari ini.

Ketua Polis Tak Bai, Kol Polis Pakkawat Wansanuk berkata, ketika kejadian, operasi itu dilancarkan setelah pihaknya menerima maklumat risikan mengenai kegiatan berkenaan, lapor BERNAMA.

Beliau berkata, seorang lelaki secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang sedang menjalankan operasi itu pukul 11.48 pagi tadi, waktu tempatan.

“Insiden berbalas tembakan berlaku antara anggota polis dengan lelaki itu.

“Dua anggota polis yang terkena tembakan di dada dan kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera,” katanya kepada pemberita.

Related Articles

Siasatan awal mendapati, suspek kemudiannya melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit sejurus selepas melepaskan tembakan.

“Polis telah mengepung kawasan kampung itu bagi memburu suspek yang dipercayai masih bersembunyi di kawasan ladang berhampiran,” katanya.

Pakkawat turutmenambah, anggota polis yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Tak Bai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button