BERITA SEMASA

Syor RCI pinda Akta Tabung Haji 1955 sedang diteliti

AMPANG – Syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) supaya Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dipinda kini sedang dalam penelitian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, penelitian tersebut dilaksana dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

“Kita telah pun mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan dan insya Allah, kita akan mendapatkan maklum balas serta input yang terbaik untuk mengangkat institusi ini sebagai institusi yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selpeas hadir pada Program MADANI Kita (PMK) di Kampung Melayu Ampang, di sini hari ini.

Cadangan pindaan Akta 535 merupakan antara syor dalam laporan RCI yang didedahkan Rabu lepas.

Langkah itu bertujuan memperkukuh tadbir urus serta kawal selia institusi tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli berkata, sebahagian besar syor RCI telah dilaksanakan dan menyumbang kepada perubahan positif dalam pengurusan TH.

Perkembangan itu dapat dilihat menerusi kedudukan kewangan dan tadbir urus yang jauh lebih kukuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button