JENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru lelaki warga asing disyaki cabul kanak-kanak perempuan

SUNGAI BULOH – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu lalu sebelum siasatan segera dijalankan.

“Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berkaitan kes cabul melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di daerah IPD Sungai Buloh menerusi laporan polis yang diterima pada Rabu lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah dicabul oleh seorang lelaki warga asing di sebuah premis perniagaan dalam daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, usaha mengesan dan menahan suspek sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sehubungan itu, Mohd Hafiz meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Amirul Amin Shukor di talian 013-6695290 atau IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button