
Mesir jamin bantuan Malaysia ke Palestin diutamakan – PM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Mesir telah bersetuju untuk memberi keutamaan kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dari Malaysia.
Anwar berkata, bersandarkan hubungan baik antara Malaysia dengan Mesir, beliau telah meminta kerjasama kerajaan negara itu mempercepatkan penyaluran bantuan.
“Saya minta keutamaan untuk bantuan kemanusian dari Malaysia. Mesir pegang pada janji bahawa kita (Malaysia) antara paling cepat diberi layanan dan dapat menyeberangi sempadan,” katanya.
Anwar berkata demikian pada perjumpaan bulanan dengan warga Jabatan Perdana Menteri di sini pagi ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negara Islam dalam masa terdekat bagi membincangkan konflik di Palestin.
“Kita telah menghubungi pemimpin dunia Arab dan Turki, malah Iran juga untuk mengadakan perbincangan dalam kalangan kepada negara.
“Keputusan sekarang ini yang bincang dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad Salman dan presiden Turki (Recep Tayyip Erdogan) dalam tempoh sehari, dua, untuk mempertemukan pemimpin Islam,” katanya.
Selain itu katanya, beliau sebelum ini pernah mencadangkan supaya pertemuan pemimpin dunia turut melibatkan negara bukan Islam seperti Brazil, Ireland, Rusia dan China yang turut sama menyokong hak kemanusian rakyat Palestin.
Walaupun belum ada kata putus mengenai perkara itu, Anwar menyambut baik penerimaan masyarakat dunia dalam isu keadilan untuk Palestin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















