
GPS pertahan DUN Jepak dengan majoriti lebih 2 kali ganda
PUTRAJAYA – Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Jepak selepas calonnya, Iskandar Turkee menang dengan majoriti sebanyak 8, 784 undi.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Iskandar berjaya mendapat sebanyak 9,638 undi.
Iskandar, 54, bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.
Stevenson mendapat 854 undi manakala Chieng 431 undi.
Peratusan pengundi yang keluar mengundi pada hari ini adalah 48.57 peratus.
DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya untuk hampir enam penggal, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu.
Pada Pilihan Raya Negeri 2021, Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








