Bekas jurugambar NSTP, Ahmad Zurin Noh meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bekas jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Ahmad Zurin Noh, 59, meninggal dunia akibat penyakit jantung kronik di kediamannya, awal pagi ini.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur sebelum disedari isterinya menjelang waktu subuh.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Seri Gombak, Selangor petang tadi.
Allahyarham Zurin meninggalkan seorang balu, Norainon Othman serta empat cahaya mata iaitu Ahmad Kamal Hafizh, 32, Anis Syuhada, 29, Ahmad Hariz Zahirin, 25, dan Aina Sofea, 24.
Norainon yang juga bekas wartawan Harian Metro berkata, suaminya telah lama menghidap penyakit jantung kronik dengan fungsi jantungnya hanya sekitar 30 peratus ketika pertama kali disahkan menghidap penyakit itu.
Menurutnya, keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot apabila fungsi jantungnya menurun kepada kira-kira 20 peratus sejak tahun lalu.
“Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika tidur. Saya hanya menyedari pemergiannya apabila terjaga hampir waktu subuh pagi tadi.
“Sejak kebelakangan ini, beliau semakin kerap mengalami masalah kesihatan dan sering berada dalam keadaan lemah akibat penyakit jantung yang dihidapinya,” katanya memetik laporan Metro Online..
Sepanjang kerjayanya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai jurugambar di NSTP dan turut dikenali dalam kalangan rakan media menerusi penugasannya bersama sisipan Anjung Seri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















