BERITA SEMASA

Ahmad Shabery tamat perkhidmatan sebagai Pengerusi FELDA

KUALA LUMPUR – Tempoh perkhidmatan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) secara rasminya berakhir pada 30 Jun lalu.

FELDA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sepanjang menerajui organisasi itu, Ahmad Shabery telah menggerakkan pelbagai inisiatif penting bagi menyokong agenda pengukuhan dan transformasi agensi berkenaan.

Menurut kenyataan itu, beliau turut memainkan peranan dalam memperkasakan tadbir urus korporat, membina kerjasama strategik serta meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap FELDA.

“Sepanjang menerajui organisasi ini, beliau telah menggerakkan pelbagai inisiatif penting bagi menyokong agenda pengukuhan dan transformasi FELDA,” menurut kenyataan itu.

FELDA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahmad Shabery atas segala jasa, sumbangan serta kepimpinan beliau sepanjang memegang jawatan tersebut.

Agensi itu berharap asas kukuh yang dibina sepanjang tempoh kepimpinan beliau akan terus menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kelestarian FELDA pada masa depan.

Ahmad Shabery dilantik sebagai Pengerusi FELDA berkuat kuasa pada 1 Julai 2023, menggantikan Tan Sri Idris Jusoh yang menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 30 Jun 2023. Pelantikan itu diumumkan oleh FELDA pada 28 Jun 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button