Rakyat Malaysia meninggal dunia ketika daki Gunung Elbrus
PUTRAJAYA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia 11 Julai lalu ketika mendaki Gunung Elbrus di Persekutuan Russia.
Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, semalam.
Menurut kementerian berkenaan dalam satu kenyataan, mendiang merupakan sebahagian daripada kumpulan tiga rakyat Malaysia yang menyertai pendakian Gunung Elbrus melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di Persekutuan Russia.
“Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sudah berhubung dengan keluarga mendiang serta dua rakyat Malaysia yang turut menyertai pendakian itu bagi menyelaras segala urusan yang berkaitan dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.
“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, akan terus memantau perkembangan kes ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan segala urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar.
“Kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,” kata kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








