Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor
JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua, hari ini.
Istiadat angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene, petang tadi.
Sebelum itu, kenderaan membawa Onn Hafiz memasuki Istana Bukit Serene pada pukul 3.41 dan dilihat keluar pada pukul 4.40 petang tadi.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi, pagi tadi.
Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor.
Onn Hafiz sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19 pada 15 Mac 2022 selepas BN memenangi PRN Johor ke-15 memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pada PRN ke-16 semalam, BN berjaya mempertahankan pentadbiran negeri dengan menguasai 48 kerusi
Onn Hafiz memperoleh 20,382 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz Roslan yang meraih 5,007 undi, sekali gus menang dengan majoriti 15,375 undi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








