BERITA SEMASA

Rakyat Johor mula mengundi, 1,076 pusat mengundi dibuka

JOHOR BAHRU – Sebanyak 1,076 pusat mengundi membabitkan 4,889 saluran dibuka serentak pada jam 8 pagi ini bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekali gus memberi peluang kepada 2.7 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan negeri bagi penggal akan datang.

Proses pengundian dijadualkan berlangsung sehingga pukul 6 petang, selepas tempoh berkempen selama 14 hari berakhir tepat tengah malam tadi.

Bagaimanapun, beberapa pusat mengundi di kawasan yang mempunyai jumlah pengundi kecil akan ditutup lebih awal secara berperingkat, bermula seawal pukul 11 pagi.

PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada jumlah itu, sebanyak 12 kerusi menyaksikan pertandingan empat penjuru, 27 kerusi pertandingan tiga penjuru, manakala 14 kerusi lagi menyaksikan saingan satu lawan satu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan pengundi akan keluar mengundi pada hari ini.

Keputusan penuh PRN Johor dijangka dapat diumumkan seawal jam 10 malam.

Tinjauan Malaysia Tribune di beberapa pusat mengundi mendapati anggota pasukan keselamatan telah ditempatkan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Pada masa sama, petugas media mula berkumpul seawal pukul 7 pagi bagi membuat liputan perkembangan proses pengundian di lokasi masing-masing.

Suasana di kebanyakan pusat mengundi juga dilihat terkawal ketika pengundi mula hadir sebaik pusat mengundi dibuka pada jam 8 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button