POLITIK

Anwar: Beri PH peluang bawa perubahan di Johor

JOHOR BAHRU – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Sabtu ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu rakyat Johor memberi peluang kepada gabungannya untuk berkhidmat kepada negeri itu.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, gabungan itu beriltizam untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kepentingan Johor, sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

“Berbaki hanya beberapa hari sebelum rakyat Johor membuat pilihan, saya merayu supaya diberikan peluang kepada HARAPAN untuk berkhidmat kepada negeri ini.

“Insya Allah, kami akan bekerja bersungguh-sungguh, mempertahankan kepentingan Johor dan memastikan kemajuan yang dibawa benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam satu hantaran berasingan semalam, Anwar turut memuat naik serangkap pantun bagi mengajak pengundi pulang mengundi demi masa depan negeri.

Laksa Johor tiada tandingan,
Warisan nenda dikenang selalu;
Ayuhlah pulang membawa harapan,
Makmurlah negeri bertambah maju.

PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, dengan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button