Pesawat kargo hilang di luar pantai Karachi, operasi SAR digerakkan
ISLAMABAD – Sebuah pesawat kargo Boeing yang membawa lima kru dilaporkan hilang di luar pantai Karachi ketika dalam penerbangan dari Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), mencetuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berkuasa Pakistan.
Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Pakistan (PAA) memaklumkan pesawat milik syarikat penerbangan swasta K2 Airways itu terputus hubungan pada malam Selasa selepas kru melaporkan mengalami masalah pada sistem navigasi.
Menurut PAA, radar mengesan pesawat berkenaan menurun secara mendadak sebelum membuat perubahan haluan secara tiba-tiba pada pukul 9.21 malam waktu tempatan.
Hubungan komunikasi kemudian terputus kira-kira 155 batu nautika di barat Karachi.
Susulan kejadian itu, operasi mencari di laut segera diaktifkan bagi mengesan lokasi pesawat serta nasib kesemua anak kapal.
Sementara itu, data awal daripada laman penjejakan penerbangan Flightradar24 menunjukkan pesawat berkenaan mengalami kehilangan altitud, sebelum naik semula ke ketinggian tertentu dan kemudian menjunam secara mendadak beberapa saat sebelum hilang daripada radar.
Setakat ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, manakala operasi SAR diteruskan di kawasan pesawat dipercayai hilang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















