PRN Johor: 814 pengundi awal di IPD Johor Bahru Selatan mula tunaikan tanggungjawab
JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Larkin, Suhaizan Kayat, meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang melibatkan seramai 814 pengundi berdaftar, hari ini.
Menurut beliau, dua saluran mengundi dibuka bagi melancarkan proses pengundian yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.

“Di sini terdapat seramai 814 pengundi dan dua saluran telah dibuka bagi membolehkan proses pengundian berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas lawatan tersebut hari ini.
Beliau berkata, pengundian awal merupakan sebahagian daripada proses pilihan raya yang memberi peluang kepada anggota keselamatan dan petugas yang akan menjalankan tugas pada hari pengundian biasa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi lebih awal.
“Sebahagian daripada mereka akan bertugas semasa hari pengundian nanti. Oleh itu, bagi mengelakkan kesukaran untuk mengundi pada hari berkenaan, mereka diberikan peluang untuk mengundi lebih awal,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















