PRN Johor: Fahmi tawar platform TV1 untuk Onn Hafiz, Maszlee berdialog
MUAR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 sedia dijadikan pentas dialog terbuka antara Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sesi itu akan memberi peluang kepada rakyat menilai sendiri pandangan, idea dan hala tuju yang dibawa kedua-dua pemimpin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
“Masa masih ada. Jika perlu, saya sedia menyediakan platform RTM TV1 untuk Dr Maszlee dan Datuk Onn Hafiz berdebat atau, jika tidak mahu berdebat, kita boleh berdialog dengan beradab,” katanya memetik laporan RTM.
Terdahulu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menghadiri Majlis Makan Malam Amal di sini, malam tadi.
Menurut Fahmi, seseorang yang ingin menjadi calon Menteri Besar perlu bersedia berdepan media, penyokong serta pihak yang mempunyai pandangan berbeza.
Ketua Penerangan PKR itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang berpandangan Pakatan Harapan (PH) perlu menamakan calon Menteri Besar Johor terlebih dahulu sebelum mendesak Onn Hafiz menyertai debat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















