BERITA SEMASA

Platform media sosial kini wajib sahkan identiti pengiklan

KUALA LUMPUR – Platform media sosial berlesen kini diwajibkan mengesahkan identiti pengiklan bagi membendung penyebaran iklan penipuan serta kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI), termasuk penyalahgunaan imej dan video deepfake.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, arahan itu terkandung dalam Kod Pengurangan Risiko (Risk Mitigation Code) yang dikuatkuasakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak 1 Jun lalu.

Menurut beliau, proses pengesahan termasuk semakan menerusi agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Langkah itu dilaksana bagi mengelakkan akaun palsu digunakan untuk menjalankan kegiatan penipuan.

“Masalah yang kita hadapi sekarang ialah akaun palsu diwujudkan tanpa sebarang pengesahan.

“Mereka boleh menggunakan imej individu, termasuk Ahli Parlimen Muar dan Ahli Parlimen Bera, untuk menghasilkan kandungan bagi memperdaya pengguna di Malaysia,” katanya.

Nie Ching berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, platform digital tidak boleh lagi mengutamakan keuntungan sehingga mengabaikan keselamatan dan kebajikan pengguna.

Katanya, kegagalan mematuhi Kod Pengurangan Risiko boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Penyedia platform juga berdepan tindakan mahkamah yang membawa denda sehingga RM1 juta.

Selain itu, MCMC boleh mengenakan penalti kewangan sehingga RM10 juta terhadap penyedia platform yang gagal mematuhi kewajipan ditetapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button