Azeem Fahmi mara ke pusingan akhir 100m, Danish Iftikhar terkandas di separuh akhir
KUALA LUMPUR – Hasrat peminat olahraga untuk melihat pertembungan antara Azeem Fahmi dan Danish Iftikhar Roslee dalam acara akhir 100m Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia tidak menjadi kenyataan selepas pelari yang mewakili Johor itu gagal melepasi peringkat separuh akhir.
Muhammad Azeem Fahmi mengesahkan status selaku pilihan apabila mengungguli saringan pertama dengan catatan 10.52 saat.
Beliau menamatkan larian di hadapan pesaing terdekatnya, Muhammad Haziq Mohamad Akhir yang mencatatkan masa 10.78 saat.
Namun, nasib tidak menyebelahi Danish Iftikhar dalam saringan ketiga.
Biarpun bermula dengan baik, beliau gagal menandingi kepantasan Jonathan Nyepa yang menjuarai saringan tersebut dengan catatan 10.83 saat, diikuti Teo Yan di tempat kedua dengan masa 10.89 saat.
Dalam pada itu, saringan kedua menjadi aksi paling sengit dan dramatik apabila diputuskan oleh margin yang sangat tipis.
Mohammad Armin Zahryl Abdul Latif dinobatkan sebagai juara saringan dengan catatan 10.723 saat, hanya dibezakan dengan perbezaan masa yang sangat kecil daripada Muhammad Umaira Subri dengan catatan 10.725 saat yang berada di tempat kedua.
Format pertandingan menetapkan dua pelari terbaik daripada setiap saringan layak secara automatik ke peringkat akhir.
Sementara itu, dua lagi slot ke final akan diisi oleh pelari dengan catatan masa terpantas seterusnya daripada keseluruhan tiga saringan tersebut.
Kesemua atlet kini sedang bersiap sedia untuk perlumbaan penentuan pingat, dengan acara akhir 100m lelaki dijadualkan berlangsung pada pukul 6.05 petang ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






